Thursday, 8 March 2018


Monday, 18 September 2017

my first coretan di sini


salam sayang buat semua....

Nama saya Kamalia Kamal. Biasa orang panggil leeya jak..Ada yang panggil Mama Leeya...Leeya makan gaji jak di Klinik Sri Balung yang terletak di Taman Sawit Balung, 34km dari pusat bandar Tawau yang di usahakan oleh suami saya sendiri Dr Rusli Rolon.tapi kebanyakan saya la decision maker nya..hahahaa....

Sebelum kami memulakan bisnes, saya pernah bekerja sebagai staff nurse di KPJ Damai Specialist Hospital di Sabah.Manakala suami saya practise di Emergency Department @ Queen Elizabeth Hospital. Kami resign di pertengahan 2013 dan suami memulakan full time sebagai insurans agent.

Di akhir tahun 2013 kami menjalankan perniagaan perkhidmatan kesihatan klinik swasta selepas melihat potensi di area Balung kerana kedudukan nya yang di kelilingan oleh sektor perladangan dan pengilangan.

Hampir 4 tahun kami menjalankan perniagaan, macam macam dah di lalui.Berpanas berhujan tersungkur terjatuh ribut taufan semua sudah di rasa. Andai kata kami mengalah, mungkin sahaja kami tidak bertahan sampai sekarang.

Mahu sahaja saya nak menulis lagi....tapi hari ini leeya kelas blog anjuran dari Jawatankuasa Wanita dan Media, Majlis Penasihat Wanita Sabah. Nanti bila mama leeya free, nanti lia storey morey lagi yaaa.....

support tau....mama baru belajar belajar nak jadi blogger ni...mohon tegur dan ajar yaaaa....
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page